Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma

 

          Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.

 

Perkhidmatan secara percuma ini merupakan kerjasama di antara pihak Sony Ericsson & Box yang sudah pasti mengembirakan para pengguna untuk menyimpan sebarang fail dari peranti mudah alih. Box yang telah beroperasi sejak tahun 2005 merupakan sebuah syarikat yang kini berpusat di California menawarkan perkhidmatan perkongsian fail dalam talian & pengurusan kandungan berasaskan teknologi cloud khususnya bagi pengguna peranti mudah alih merangkumi pelbagai teknologi & jenama.


Kredit Foto: http://androidos.in

 

Kini para pemilik Xperia tidak perlu risau lagi tentang ruang simpanan yang diperlukan di mana sebelum ini para pemilik bergantung sepenuhnya kepada ruang simpanan di dalam peranti mudah alih tersebut mahupun kad memori tambahan. Untuk mendapatkan ruang simpanan percuma ini, pemilik Xperia hanya perlu mendaftarkan akaun Box mereka menerusi aplikasi sistem Android yang boleh didapati di Android Marketplace.

Servis perkhidmatan dari Box ini juga turut dilengkapi dengan ciri - ciri sistem keselamatan yang dapat memberi keselamatan data pengguna dari dicerobohi atau disalah gunakan oleh pihak lain. Promosi yang akan berakhir pada 31 Disember 2012 turut menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada semua pemilik telefon pintar Xperia seluruh dunia termasuk model yang dilancarkan selepas Xperia X10.

Pihak Xperia & Box menawarkan servis perkhidmatan kepada para pengguna dengan akses simpanan kandungan besar-besaran secara terus pada peranti telefon pintar mereka yang kini menjadi satu gaya hidup untuk berkomunikasi. Servis perkhidmatan ini juga turut menawarkan penyelesaian yang boleh digunakan sama ada untuk sektor perniagaan sama ada berskala kecil atau besar.

 

"Peningkatkan gaya hidup para pengguna kini yang gemar mengambil foto, mendengar muzik kegemaran & menonton video melalui peranti telefon pintar Xperia khususnya di musim percutian ini, pihak kami ingin memastikan yang para pengguna tidak perlu risau lagi dengan saiz simpanan di mana mereka boleh memuat naik fail kandungan mereka ke perkhidmatan cloud storage dan berkongsi dengan pelbagai peranti mudah alih yang lain," berkata

- Peter Ang, Pengurus Besar Serantau Malaysia & Singapura.

"
"

 



Pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Aaron Levie turut berkata "Pada masa kini ramai para pengguna peranti peribadi menggunakan sepenuhnya dalam membantu urusan kerja seharian mereka yakni memanfaatkan sepenuhnya kelebihan teknologi komputer mudah alih ini di mana kini mereka tidak perlu lagi risau pada kekangan kapasiti ruang simpanan."

- Gombug.Net

"
"

 

 


Aplikasi sistem Android yang boleh didapati di Android Marketplace. Kredit Foto: http://hardwarezone.com.my


Melalui servis fail perkongsian & ruang simpanan dari Box, para pengguna Xperia boleh mengakses secara terus dari mana-mana lokasi & pelbagai peranti & aplikasi mudah alih mereka di seluruh dunia. Kapasiti ruang simpanan sebanyak 50GB ini mampu untuk menampung secara purata 50,000 fail dokumen, foto & slaid persembahan dalam satu masa.

Daftar akaun servis perkhidmatan Box secara percuma - www.box.com
Model telefon pintar Sony Ericsson Xperia sepenuhnya - www.sonyericsson.com/my




Pautan video penuh: http://www.youtube.com

Komen  

 
0 #3 DonFB 2012-10-31 08:13
berapa speed internet terbaik utk pakai menatang nie?
Hantar ulasan
 
 
+1 #2 TR 2012-01-20 12:33
Tidak semestinya Sony Ericsson Xperia, asalkan sistem Android dalam apa apa platform pun boleh. Tidak semestinya telefon android, tablet etc or kalu peti ais boleh install android pom boleh jugak 50GB nie:p Pepehal pom lagi bagus dari Iphone walaupun yang latest Iphone 4gs ..sebab iCloud bagi ciput jah space:p
Hantar ulasan
 
 
0 #1 AndroidBoyz 2012-01-08 02:39
50GB!!! Percuma!!! Konpom sumbat mp3 kaw kaw! Terbaik! 8)
Hantar ulasan
 

Komen anda


Kod sekuriti
Kemaskini




Iklan

Negara Pelawat Bulanan

Estonia flag Estonia (20)
France flag France (15)
Sweden flag Sweden (10)
Romania flag Romania (6)
Malaysia flag Malaysia (3)
Netherlands flag Netherlands (3)
Germany flag Germany (1)
Morocco flag Morocco (1)
Nigeria flag Nigeria (1)
Philippines flag Philippines (1)

Facebook

free counter statistics