image image image image image image image image image image
Kenapa Microsoft membeli Skype?   Steve Ballmer dan Tony Bates menjelaskan di dalam sidang video tentang pembelian oleh Microsoft ke atas Skype adalah berasakan prestasi semasa sektor komunikasi peribadi iaitu dari rumah ke pejabat dan perkembangan potensi perniagaan & periklanan berasaskan video.
Kenaikan Kadar Harga Bagi Persijilan Microsoft             Bermula pada 1 Julai 2011, Microsoft telah mengumumkan kenaikan kadar harga untuk Microsoft Certified Professional dan lain - lain sijil mengikut bidang yang ditawarkan diseluruh dunia.
Penghantaran PC Lembab disebabkan oleh Apple dan China.             Setahun yang lalu, penghantaran PC ke seluruh dunia telah meningkat melebihi permintaan pengguna menurut laporan dari Gartner tetapi kini makin berkurangan dan diramal sehingga tahun seterusnya.
Dell gagal dalam rundingan urusniaga pelayan Facebook.             Sejak Facebook Inc menyatakan untuk membina dua pusat data baru, para jurutera buntu untuk memilih sistem pelayan yang dikehendaki sama ada dari Dell Inc. (DELL) atau Hewlett-Packard Co. (HPQ).
Kegagalan Titik Tunggal: Research In Motion (RIM), syarikat pengeluar BlackBerry             Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.
Syarikat gergasi teknologi sasarkan pendapatan RM8.68 billion bagi Program Transformasi Ekonomi   IBM, satu syarikat Fortune 500 akan melabur RM1 bilion di dalam Pusat Perkhidmatan Teknologi Globalnya di Cyberjaya dalam tempoh lima tahun akan datang.
Facebook: Tawaran Awam Permulaan (IPO) terbesar oleh syarikat Internet di US sejak 1999           Facebook dianggap membuat tawaran Internet terbesar dalam sejarah dan pengawal selia menyatakan sekurang-kurangnya 14 syarikat berkaitan web merancang untuk menjual sahamnya, kata penganalisis.
Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Terteruk 2011           Sejak kebelakangan ini, prestasi ketua pegawai eksekutif(CEO) bagi peneraju industri teknologi maklumat sering menjadi perhatian khususnya bagi para pelabur yang sentiasa memikirkan keuntungan.
Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur   Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka.
Geran Kerajaan RM 5 Juta: Program LED Mesra Alam           SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyediakan dana awal berjumlah RM 5 juta untuk disalurkan sebagai geran bagi membantu meningkatkan keupayaan pengeluar lampu diod pemancar cahaya (LED) dan produk pencahayaan dalam bentuk pejal (SSL) tempatan.

Teknologi Android 'bertempur' bersama tentera

 

        White Sands, New Mexico - Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan.

 


Teknologi Android membantu sepenuhnya tentera Amerika Syarikat di dalam medan peperangan masa kini.
Kredit Foto: Shanzai.com Analyzing Shanzhai Tech Culture & Gadgets

 

 

Kini para tentera Amerika Syarikat dilaporkan sedang giat melakukan percubaan bagi peranti Motorola ATRIX dan Motorola GD300 dan lain - lain peranti di dalam simulasi peperangan sebenar selain sebagai peranti komunikasi di mana teknologi ini hanya dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat menurut laporan FoxNews.com.. Ujian peranti tersebut telah dilakukan dalam pelbagai ujian lasak dibentuk muka bumi dan situasi peperangan yang berbeza untuk memastikan teknologi ini tahan lasak bersesuai dengan kegunaan pihak tentera. Malah dari dalam kenderaan tentera juga, hulu balang tentera juga dilengkapi peranti tablet Motorola Xoom untuk mendapatkan laporan kedudukan lokasi tentera semasa serta memberi arahan taktikal kepada tentera yang berada jauh di dalam radius medan tempur. Setiap teknologi peranti ini telah direka khusus untuk kegunaan tentera Amerika Syarikat yang dibekalkan oleh syarikat pembekal peralatan pertahanan iaitu General Dynamics setelah mengambil alih syarikat Motorola's Integrated Information Systems Group.

 

"Sebelum ini untuk berkomunikasi dan memberi setiap arahan kepada pasukan tentera kami terpaksa menggunakan mikrofon melalui komunikasi radio, kini mereka hanya lakukan di skrin peranti mereka, " ujar Brigadier Komander Col. Daniel Pinnell malah turut memberi ulasan dengan setiap maklumat yang dikumpul oleh teknologi ini pihak tentera dapat memperkasakan taktikal pasukan tentera untuk menjadi pasukan yang kuat dan efisien di samping mengurangkan sebarang risiko yang di ambil.

- Gombug.Net

"
"

 


Teknologi Androids kini bersedia sepenuhnya untuk bertempur bersama tentera Amerika Syarikat.
Photo Credit: FOXNEWS.COM / PATRICK MANNING

Ketika di medan peperangan, para tentera tidak perlu mencari pancaran isyarat pembekal telekomunikasi seperti dari AT&T atau Virgin Mobile untuk telefon pintar mereka sebaliknya dihubungi oleh peranti USB sebagai sistem komunikasi radio untuk menghantar dan menerima data serta audio di dalam rangkaian yang dilindungi. Kemajuan teknologi ini adalah lebih jauh dari apa yang berada dipasaran walaupun peranti mungkin kelihatan sama. Setiap peranti ini dilengkapi dengan perisian Nett Warrior yang dibangunkan sendiri oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dan bukannya sesuatu yang perisian atau aplikasi seperti Google Maps.



Antara muka laman web U.S. Army Marketplace - https://marketplace.army.mil

Pada 21 Mac 2012 yang lepas, pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Aplikasi perisian ketenteraan seperti bantuan latihan, perancangan & maklumat ketenteraan, panduan peperangan & komunikasi semasa dan lain - lain amat membantu bagi para tentera dalam membentuk pasukan yang terbaik & sentiasa bersedia dengan maklumat terkini yang akan membantu di medan peperangan. Selain itu juga peranti ini dapat membantu tentera menghantar laporan visual atau berkomunikasi dari persekitaran medan peperangan yang getir secara terus kepada ahli pasukan yang lain dan rujukan pegawai pemerintah. Teknologi Android yang dilengkapi dengan berat bateri hanya 0.45359237 kilograms ini mampu bertahan sehingga 6 jam malah setiap tentera boleh mampu untuk membawa 5 unit bateri tambahan di dalam poket mereka di medan pertempuran.

 



GD300 Rugged Wearable Computer: http://www.youtube.com

 

Kredit: FoxNews.com

Read in English

Komen  

 
0 #3 drsamsung 2013-03-26 10:31
wah.. ini sudah canggih sih.. galaxy s4 baru ni pun dibanggunkan dengan ciri2 yang boleh synronize untuk remote..seperti disini.. Applikasi WatchON
Hantar ulasan
 
 
+7 #2 Imran Haaz 2013-01-10 15:03
Mrk juga kalah di Vietnam. Mendapat malu bila diselamatkan tentera Malaysia di Somalia dan hanya berani berperang dengan umat Islam melalui proksi.

Teknologi itu penting. Tetapi pembangunan perajurit yg perkasa serta berupaya untuk bertempur menggunakan segala yg ada itu lebih penting. Mereka hilang kekuatan spiritual jika persenjataan mereka gagal berfungsi.

Tetapi lihat sahaja apabila tentera dibangunkan dengan kekuatan diri sendiri. Lihat sahaja pejuang Badar yg berani ke medan tempur hanya bersenjatakan pelepah kurma. Pembangunan perajurit sebagai insan dan pejuang yg tidak perlu bergantung kpd teknologi perlu ditekankan. Dan apabila perajurit dari kelas ini mendapat akses kepada teknologi, mereka akan menjadi lebih hebat lagi. Samada teknologi ditangan mereka itu dpt berfungsi atau tidak, mereka akan tetap terus berjuang tanpa patah semangat.
Hantar ulasan
 
 
+6 #1 Imran Haaz 2013-01-10 15:02
Dalam mereka mengejar teknologi, satu perkara yg mrk lupa ialah, mrk menjadikan tentera2 mereka sebagai perajurit yg kurang upaya jika kehilangan akses kepada semua teknologi trbabit.. berbeza dgn tentera yg dibina dan dilatih menggunakan semua indera dan daya observasi tajam dan mampu memanipulasi segala apa yg berhampiran dgn mereka untuk tujuan mencapai motif yg telah ditetapkan..

Kerana itulah sehingga sekarang setelah hampir lebih 10 tahun menyerang Afghanistan, mereka masih gagal menundukkan taliban yg mrk gelarkan sebagai tentera tikus..

samb. di bawah
Hantar ulasan
 

Komen anda


Kod sekuriti
Kemaskini




Iklan

Negara Pelawat Bulanan

France flag France (109)
Malaysia flag Malaysia (108)
Sweden flag Sweden (80)
Netherlands flag Netherlands (74)
Romania flag Romania (59)
Russian Federation flag Russian Federation (48)
Indonesia flag Indonesia (38)
Brazil flag Brazil (33)
Germany flag Germany (33)
United States flag United States (30)

Facebook

free counter statistics