Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna.

 

        Connectify adalah sebuah perisian penghala (bahasa Inggeris: router) yang berfungsi di atas platform Microsoft Windows. Perisian ini memberi kelebihanan pada sistem komputer yang dilengkapi dengan peranti tanpa wayar Wi-Fi untuk bertindak sebagai titik capaian khidmat (bahasa Inggeris: access point) tanpa perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk peranti tambahan. Secara ringkas, dengan menggunakan perisian ini membolehkan anda berkongsi rangkaian internet dengan peranti lain atau berkongsi fail dari sistem komputer tersebut dengan peranti yang disambungkan.

Sudah pasti teknologi perisian ini merupakan pilihan tepat bagi mereka yang mempunyai kekangan untuk berkongsi & menggunakan internet tanpa wayar pada peranti tambahan mereka sebagai contoh untuk mereka yang ingin berkongsi sambungan talian internet dari pembekal internet peranti USB seperti Celcom Broadband USB.

 

 

Secara ringkas, perisian ini adalah perisian untuk anda berkongsi sambungan tanpa wayar rangkain komputer atau talian internet dengan pelbagai peranti seperti dari komputer riba ke telefon anda tanpa had secara percuma!.

- Gombug.Net

"
"

 

 

Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Antara muka perisian ini juga adalah seringkas yang mungkin di mana secara tidak lansung membantu para pengguna menggunakan dengan mudah walaupun tanpa sebarang kemahiran teknologi rangkaian komputer. Selain itu untuk mengetahui pengalaman pengguna lain yang menggunakan perisian ini dalam kehidupan seharian mereka malah anda juga boleh turut untuk berkongsi pengalaman anda dengan merujuk pada laman web mereka iaitu di User Sportlight.

Perisian Connectify ini sebenarnya merupakan salah satu teknologi perisian yang dibangunkan dan telah diuji untuk kegunaan pihak tentera Amerika Syarikat pda tahun 2009. Pada ketika itu pihak tentera Amerika Syarikat menggunakan teknologi tanpa wayar ini dari kenderaan Humvee sebagai penghala (bahasa Inggeris: router) untuk berkomunikasi & menerima data dengan para tentera di medan pertempuran, segala-galanya diselesaikan oleh teknologi perisian ini di mana sebelum ini mereka perlu untuk membawa perkakasan & sumber kuasa tambahan.

Pada masa kini, para tentera Amerika Syarikat dilengkapi dengan peranti komunikasi moden untuk membantu mereka di medan pertempuran. Umum diketahui sebarang teknologi yang digunakan pada masa kini merupakan teknologi yang sudah wujud sekian lama namun kegunaannya menjadi rahsia sesebuah organisasi tersebut.

Perisian ini telah dibangunkan untuk digunakan di atas platform Windows 7 ke atas, walaubagaimana pun bagi platform Windows terdahulu seperti Windows XP & Vista masih boleh disokong tetapi perlu dikemaskini kandungan Service Pack terkini.

Sewaktu artikel ini ditulis, kemaskini terkini kandungan Service Pack bagi Windows Vista adalah Service Pack 2 manakala bagi Windows XP adalah Service Pack 3. Walaubagaimanapun fungsi yang ditawarkan bagi kedua-dua platform ini hanyalah 'Ad-Hoc mode' iaitu rangkaian komunikasi dari komputer terus ke komputer atau turut dikenali sebagai computer-to-computer network

Connectify juga turut ditawarkan secara percuma bagi versi Connectify Lite dengan fungsi yang terhad tetapi cukup sudah memadai bagi kegunaan peribadi untuk berkongsi internet dengan yang lain manakala versi Connectify Pro mempunyai kelebihan fungi pengurusan dalam rangkaian dan perkongsian rangkaian 3G/4G.


Versi terkini 3.3.0.23104 yang dilancarkan pada Febuari 2012 lepas memerlukan kemaskini terkini kandungan Windows 7 Service Pack 1

Dapatkan perisian ini dengan memuat turun secara percuma dari: http://www.connectify.me

 



 

Read in English

Komen  

 
0 #2 Encik K 2013-03-06 19:21
Terbukti boleh sharing dgn USB Celcom broadband!!
Hantar ulasan
 
 
+2 #1 missN 2012-10-31 08:09
boleh install kat tablet?
Hantar ulasan
 

Komen anda


Kod sekuriti
Kemaskini




Iklan

Negara Pelawat Bulanan

France flag France (14)
Indonesia flag Indonesia (13)
Brazil flag Brazil (12)
Netherlands flag Netherlands (11)
Turkey flag Turkey (11)
Germany flag Germany (9)
Thailand flag Thailand (9)
Sweden flag Sweden (8)
Russian Federation flag Russian Federation (7)
Ukraine flag Ukraine (7)

Facebook

free counter statistics