“Kami tidak menjanjikan bulan & bintang mahupun planet Asgard.” – GOMBUGDOTNET

Panel 1

Siapa Kami?

GOMBUGDOTNET adalah sebuah entiti perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Nombor SSM: TR0109982-D) berasaskan perkhidmatan digital menjangkau pelbagai bidang & platform.

Kami adalah sekumpulan anak muda berpengalaman yang pernah & masih berkhidmat dengan beberapa agensi media digital & organisasi media arus perdana. Setelah menimba pengalaman dari bawah di sebalik takbir kini kami bersatu dengan kepakaran & pengalaman masing-masing untuk menjadi rakan organisasi anda. Kami menawarkan perkhidmatan yang sememangnya menjadi tugasan hakiki kami.

Selain kepakaran teknikal mahupun pengurusan media & penjenamaan, pengalaman turut mematangkan kami di dalam bidang ini. Kami berikan komitmen apa yang kami boleh sampaikan sebagaimana anda berikan kepada kami.

“Kami tidak menjanjikan bulan & bintang mahupun planet Asgard. Begitu juga kami tidak bekerja dengan bajet kancil yang mahukan roket ke bulan. Namun dengan kancil ingin ke bulan boleh kami usahakan” – GOMBUGDOTNET

 

Panel 2

Apa Kami Buat?

Selain dari perkhidmatan teknikal seperti IT & teknologi mahupun multimedia turut ditawarkan perkhidmatan berkaitan pengurusan media khususnya berkaitan penganjuran sukan. Kami turut membantu bermula dari perkhidmatan khidmat nasihat dan perundingan sama ada skop perhubungan & pengurusan media, urusan penajaan mahupun peringkat penganjuran.

Kami juga mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menyusun strategi kempen media mahupun program yang diperlukan mengikut keperluan publisiti anda.

Panel 4 Placeholder