Laman Web & Server

Gombugdotnet juga turut mempunyai kepakaran & pengalaman dalam sebarang perkhidmatan berkaitan dengan laman web dan server (pelayan). Terdahulu pelbagai laman web telah kami sempurnakan sehinggakan terlupa untuk dijadikan portfolio kami.  Selain itu kami juga mampu untuk memberikan pakej sepenuhnya termasuk perkhidmatan penyelenggaraan & keselamatan laman web termasuk server yang tersedia ada(bermaksud bukan hasil pembinaan dari pihak kami) dan penyediaan kandungan laman web itu sendiri.

Penyediaan kandungan bagi laman web bermaksud kami mampu untuk beroperasi sebagai satu pasukan media dalam penyediaan bahan-bahan penulisan artikel, audio, video, foto dan apa sahaja mengikut keperluan anda.

Sudah tentu kerja-kerja berkaitan seperti kemaskini semasa, SEO, publisiti & pemasaran laman web, pemantauan statistik pengunjung dan banyak lagi merupakan antara skop kerja kami yang ditawarkan.

Tiada sebarang harga ditetapkan bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerana kami bekerja mengikut berapa nilai kos  yang ditawarkan. Kami juga perlu mengenal pasti kapasiti keperluan anda dalam perkhidmatan yang diperlukan agar dapat memberi nilai kos yang telah dibelanjakan itu. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

“Kami tidak menjanjikan bulan & bintang mahupun planet Asgard. Begitu juga kami tidak bekerja dengan bajet kancil yang mahukan roket ke bulan. Namun dengan kancil ingin ke bulan boleh kami usahakan.” – GOMBUGDOTNET

Berikut di antara perkhidmatan yang ditawarkan:
a) Pembinaan & rekabentuk laman web dan server
b) Penyelenggaraan & kemaskini laman web dan server
c) Penyediaan kandungan digital untuk kegunaan di laman web & lain-lain platform
d) Keselamatan laman web dan server.

Sila lihat portfolio kami untuk rujukan antara perkhidmatan yang telah kami sempurnakan.