Portfolio – RedDiversBorneo.com

http://www.reddiversborneo.com

RedDiversBorneo.com adalah pelanggan kami yang membuka kalendar tahun 2018 ini dimiliki oleh syarikat Red Divers Sdn Bhd. beroperasi di Semporna, Sabah. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan akviti perlancongan seperti selaman skuba, snorkeling dan lain-lain aktiviti di pulau-pulau berhampiran.

Kami telah diberi peluang untuk membangunkan satu laman web menggunakan CMSWordPress yang menjadi pilihan. Selain itu juga turut diberi kepercayaan untuk menguruskan sebarang urusan harian seperti tempahan & membalas maklum balas dari pengunjung yang memerlukan maklumat tambahan.

Keistimewaan laman web ini adalah mempunyai proses pembayaran digital yang menyokong sebarang pembayaran melalui beberapa kad kredit & debit ternama di seluruh dunia. Setiap urusan pembayaran tersebut sepenuhnya akan diterima oleh pemilik syarikat Red Divers Borneo manakala di pihak GOMBUGDOTNET hanya memantau status urusan pembayaran tersebut untuk proses tempahan seterusnya.

Pihak kami juga turut diberi tanggungjawab untuk menyediakan kandungan digital bagi kegunaan di laman web dan aktiviti pemasaran di pelbagai platform termasuk media sosial. Skop kerja kami juga turut melibatkan aktiviti fotografi di bawah air.  Pendek kata, Red Divers Sdn Bhd. memberi kebebasan sepenuhnya kepada kami untuk berkongsi pendapat & menyempurnakan projek ini tanpa sebarang banyak songeh. Terima kasih kami ucapkan. Sila lawati http://www.reddiversborneo.com

Portfolio – PenyuSukan.com

http://www.penyusukan.com

PenyuSukan.com adalah sebuah platform arkib berita sukan yang memfokuskan segala perkembangan sukan yang berlansung di dalam negeri Terengganu Darul Iman. Pihak kami dipertanggungjawabkan untuk membina satu laman web dan menyediakan satu sistem server mengikut keperluan yang diperlukan oleh para wartawan sukan ini.

Laman web berasaskan enjin CMS WordPress ini sememangnya pilihan yang tepat untuk keperluan agensi berita sukan yang sentiasa melakukan kemaskini harian dengan berita-berita sukan. Pilihan dan konfigurasi server yang tepat juga menjadi faktor untuk memastikan para wartawan dapat muat naik(upload) sebarang fail media seperti foto dengan pantas.

Selain perkhidmatan laman web & server, GOMBUGDOTNET juga turut menawarkan perkhidmatan sandaran (backup) dari masa ke semasa untuk memastikan sebarang bencana yang timbul dapat diatasi.

Selain itu kami juga menawarkan perkhidmatan penyelesaian email rasmi kepada wartawan agensi sukan ini untuk berhubung terus dengan email peribadi mereka. Konsep ‘Single sign-on‘ ini untuk memastikan mereka selesa bekerja tanpa perlu mengakses pelbagai email yang akan menggangu rutin seharian mereka.

Portfolio – Ganupedia.com

http://ganupedia.com/

Ganupedia.com adalah sebuah laman web tentang negeri Terengganu Darul Iman khususnya berkaitan rapat dengan sejarah-sejarah yang jarang diketahui. Sejak 2015 skop kerja dari pihak GOMBUGDOTNET hanyalah terlibat dalam urusan penyelenggaraan & konfigurasi keselamatan laman web & server sahaja di mana laman web ini telah dibangunkan oleh pemiliknya sendiri.

Laman web ini menggunakan enjin CMSWordPress oleh yang sedemikian sememangnya kepakaran kami untuk penyelenggaraan website sedemikian. Website yang menerima jumlah trafik bulanan agak tinggi juga memerlukan kepakaran & pengalaman kami untuk penyelenggaraan sistem server khususnya berkaitan isu ‘core dump‘.

Selain itu pihak kami juga turut menawarkan khidmat SEO dan pemantauan para pelawat ke laman web ini di mana setiap bulan akan kami lampirkan dalam bentuk laporan kepada pihak Ganupedia.com

Portfolio – Local Guides & Guided Tours Kuala Terengganu

http://terengganu.gombug.net

Terengganu.gombug.net adalah sebuah projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami kepada sekumpulan anak muda di negeri Terengganu yang menawarkan servis perkhidmatan sebagai pemandu pelancong. Mereka adalah terdiri dari anak muda tempatan yang mempunyai hobi kegiatan luar & rekreasi. Hasrat kami adalah untuk membantu mereka yang rata-rata tidak mempunyai pendapatan tetap agar memperolehi pendapatan melalui platform internet.

Laman web yang telah dibina ini menggunakan platform CMS – WordPress dan mempunyai sistem pembayaran digital di dalam talian untuk memudahkan urusan mereka. Gombugdotnet turut menaja segala keperluan & penyelenggaraan laman web ini termasuk server dan sistem bayaran dalam talian (payment gateway).

Setiap imej, video, foto dan lain-lain hak cipta adalah merupakan hak milik pemilik asal masing-masing. Gombugdotnet menggunakan sumber dari internet sepenuhnya tanpa mengubah keadaan asal sesuatu hak cipta mahupun memadamkan segala tanda hak cipta di karya mereka.